Tuesday, May 18, 2010

asslammualaikum w.a.b.




Bila kau letih dan hilang rasa semangat,

Allah tahu betapa mu telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangisan berpanjangan dan hati mu kedukaan,

Allah telah mengira titisan airmata mu,
Bila kamu rasa ketinggalan dan masa meninggalkan mu,

Allah sentiasa di sisi mu,

Bila kau telah mencuba segala nya tapi,
tak tahu arah tujuan,

Allah ada jalan penyelesaian nya,
Bila tak ada yg bererti buat mu, keliru dan kecewa,
Allah ada jawapannya.

Oleh itu,marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah,
kerana Ianya terlalu indah...


Inilah kata2 yg sering aku bisik kan pada diri ku,kerana kehidupan kita xselalu nya indah. hurm..kdg2 kita rasa hidup nie berat..betul x?aku sendiri xnafikan bahawa hidup nie kdg2 rasa cam sempit sgt..apatah lgi bila kita impikan sebuah impian yg sgt besar..aku dan kehidupan..kehidupan aku xlah susah dan xlah senang..namun..aku bersyukur kerana aku diberi peluang utk berada di bumi Allah ini..teringin sekali aku merasa kan gembira nya hidup ini..namun,aku sendiri yg pilih utk terus menghadapi kesusahan hidup..tidak dapat aku nafi kan bahawa dalam solat ku seharian,akan ku pohon supaya Allah xpnh berhenti memberi kan aku dugaan.kerana bagi aku,dugaan hidup mengajar aku kehidupan sebenar..pernah dulu aku fikir kebahagian adalah penting dlm kehidupan..namun ternyata aku silap.baru kini aku sedar,tidak ada yg lebih penting dalam kehidupan melainkan iman yg hendak ku jaga..kadang2 bila malam menjelma,aku takut untuk tidur.aku takut masih adakah untuk aku hari esok,supaya aku terus dapat menunaikan janji ku pada-NYA.tetapi apabila aku terdengar azan berkumandang,tahu lah aku bahawa Allah masih memberi peluang untuk aku..namun,aku takut..aku takut untuk melalui hari ku..kerana aku takut aku xcukup kuat untuk melawan hasutan musuh Allah..dan aku mula berharap bahawa lebih baik aku pergi menghadap Allah..namun,aku sempat sedar kan diri..Ya Allah aku,sedar lah..ini semua adalah kehendak Allah..bersyukur lah wahai aku..sesungguh nya Allah tahu apa yg terbaik utk hamba-NYA.

Pernah suatu ketika dahulu,aku merasakan bahawa cinta kan dunia itu seronok.cinta kan harta itu menarik.cintakan manusia itu istimewa.namun,Allah tidak pernah membiarkan aku terus dengan kesilapan ku.walaupun perit untuk ku lalui,namun aku bersyukur kerana perit itu lah yg mengajar aku utk mengenali bahawa hebatnya Allah itu.Betapa jahil nya aku,suatu ketika dahulu,cinta seorang lelaki yang aku harap kan.namun,Allah tidak mahu aku terus dengan syaitan.Allah berikan aku kekecewaan.namun bagi aku,ini lah dugaan Allah untuk aku berhenti daripada mengharap kan cinta manusia.lalu,aku terus bangun dari mimpi ku.aku mula dgn tekad yg baru..aku sujud,aku menadah tangan..doaku..

Ya Allah,disini aku menghadapMu dgn penuh kehinaan,dgn penuh rendah diri.dengar lah Ya Allah,mulut kotor ini berbicara,tangan kotor ini menadah tangan,tubuh kotor ini sujud pada Mu..dengarlah wahai Tuhanku,aku memohon supaya jangan lah Engkau biarkan aku terus dgn kesilapanku,jgn lah Engkau biarkan aku menci
ntai org lain melain kan itu adalah suami ku..Ya Allah,izin kan aku mencintai Mu lebih dari segala nya..Ya Allah,jgn lah Kau jauh kan aku dari dugaan hidup ini..selalu lah Engkau datang kan dugaan untuk aku supaya aku tidak pernah mengabaikan amanah yg Engkau berikan..Ya Allah,Kau berikan lah yg terbaik untuk kehidupan ku.jika kesusahan itu adalah yg terbaik,maka aku redha dan akan aku terima nya sebagai satu rintangan untuk menuju ke syurga-Mu.jika kesenangan itu yg terbaik untuk aku,maka Kau jaga lah iman ku dari goyah kerana hanya Engkau Penjaga terbaik..jika mati itu lbh baik untuk ku,maka Kau mati kan lah aku secepat mungkin..tetapi jika hidup itu lbh baik utk ku,maka Kau panjang kan lah umur ku dan Kau izinkan lah aku sentiasa bersamaMu kerana semua yg berlaku adalah atas keizinan-Mu..amin...

aku tampar pipi ku,aku tepuk bahu ku,aku berpesan pada diri ku,wahai aku,engkau adalah milik Allah,maka berhenti lah mencintai manusia dan dunia..tetapi belajar lah mencintai Allah..kerana sejauh mana perjalalanan hidup ini,tidak engkau ketahui.ingat lah wahai aku,engkau tidak pernah keseorangan,kerana engkau masih ada Allah,malah lbh dekat lagi dari dalam isi hatimu,tetapi yg keseorangan itu adalah nafsu..pegang lah
pada tekad-Mu..jgn kau takut utk kalah kerana Allah tidak akan pernah biar hambaNya keseorangan.malah akan diberikan yg lbh baik.kerana Allah yg lbh memahami..DIA tahu sakitnya apabila dikecewakan,DIA tahu sakitnya ditinggalkan,DIA tahu sakitnya kekalahan,DIA tahu sakitnya kesusahan..kerana DIA yg menciptakan kita,mana mungkin dia tidak mengetahui..namun,itu semua akan aku lalui dgn tenang kerana aku tahu,Allah ada bersama ku dan aku tahu,Allah bersama org2 yg bersabar..wahai aku,belajar lah menyayangi Allah..dalam gelap ku,disaat aku kesepian,sendirian,dikala malam,sedang semua nyenyak dgn mimpi,aku, dalam tangisan ku,telah aku coretkan sebuah puisi utk diriku..

…Perjalanan insan…
KEHIDUPAN…
Hidup ini perjuangan,
Tanpa perjungan,ertinya mati sebelum mati,
Mengalah sebelum diuji,
Alangkah sempitnya hidup ini kalau bukan kerana luasnya cita2,
Hidup ini kadangkala seperti roda,
Adakalanya kta diatas,adakalanya kta dibawah,
Seperti kata pepatah,

Hidup ini tak selalunya indah,
Benarkan?

Keindahan dunia hanya sementara,

Keindahan sebenar terletak di syurga Allah…

KEBAHAGIAAN…
Datang apabila di cari,
Bukan nya datang dengan sendiri,
Sebenarnya kebahagiaan berada walau dimana sahaja,
Percayalah..
Satu titik permulaan untuk memperolehi,

Dan,
Merasai apa sebernanya kebahagiaan,

Segalanya datang dari setiap aral melintang.

PERJUANGAN…

Perjungan hidup mengajar seseorang menjadi matang,

Namun,
Dalam perjuangan kecekalan dan ketabahan hati adalah perlu,
Untuk terus menempuh perjuangan ini,

Biarlah diri disisih,
Biarlah diri dihina,

Biarlah diri dalam kesunyian,

Namun,

Gagah kan diri untuk merasai keredhaan Ilahi yang sebenarnya,

Walaupun sukar untuk di tempuhi…


KEKUATAN…

Tidak perlu takut menjadi baik,
Dan,
Tidak perlu berani menjadi jahat,
Sejauh-jauh perjalanan hidup,

Akhirnya akan menemui kematian,
Sekuat-kuat kegagahan,

Ketika muda,

Walaupun umur semakin panjang,
Diri tetap menjadi tua,
Sesihat-sihat badan pasti akan kesakitan,
Suatu masa nanti,

Yakinilah,

Walau sekuat mana kekuatan pun,
Pasti akan menemui kelemahan…


SENYUMAN…

Belajar lah senyum dalam kesedihan,

Kerana,
Dalam senyuman itu,

Pasti akan menemui cahaya kebahagiaan,

Senyuman itu ibarat perhiasan,
Untuk membantu mengindahkan,
Perhiasan lahir yang kurang indah…

KEGAGALAN…

Dalam kita melangkah,
Terkadang diuji dengan ujian yang terasa beratnya,

Sehingga,
Kita terduduk dan menangis,

Perit nya terasa,

Tapi ketahuilah,

Dan renungilah,

Mungkin air mata tika itu hadir kerana,

Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak,
Lantaran,

Ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan…


KESEDIHAN…
Jika kau bersedih
kerana dihina bangkitlah,
bangun semula
kerna pandangan orang bermakna tidak
jika kau bandingkan dengan pandangan Allah

jika kau bersedih
kehilangan sesuatu bergembiralah
kerna kau masih ada iman

masih ada islam
masih ada nyawa,

jika kau masih bersedih alirkan air mata keinsafan mohonlah,
berdoalah
Allah akan mengkabulkan doamu
selagi kamu menghambakan diri padanya

jika kau tidak dapat menahan hatimu
dari merasa sedih
ingatlah
ALLAH bersama orang-orang yang sabar
ALLAH bersama orang-orang beriman
ALLAH bersama kita.

Sesungguh nya…
kehidupan membawa bekalan ke padang mahsyar,

Maka sentiasalah mengigati Allah,

Maka dalam bersorak,
Bergerak dan berteriak,

Untuk apa,

Untuk bagaimana,

dan tiba-tiba saja,

Seperti digerak,
Oleh satu kuasa,
Menyentuh dalam kalbu,

Maka diri menjadi terkelu,
Mati teriak sorak,

Kerana nafas yang berdegup kini,

Terasa tinggal satu, satu.

Maka tahu lah,
ya Allah

Lonjak dan sorak

Gelak dan teriak

Bisa sekali lenyap

Dalam satu helaan nafas
Ketika dalam kealpaan Menghayati dalam kefanaan.
Biarlah diri melangkah ke syurga Firdausi,

Supaya bertemu dgn bidadari Allah,

Sungguh pun dunia ini indah,
Indah lagi syurga ALLAH S.W.T.

..aku berdoa dalam tangisan... "Lalu apa yg telah aku lakukan selama ini..Ya Rabb,ampunilah daku,untuk setiap pandangan yg tak terjaga,utk iman yg tak dipelihara,lisan yg merayu,dan hati yg tak terhijab, Ya Rabb,Engkau lah mengawasi kami setiap detik dan,kerana kasih dan sayangMu Ya Allah kepada kami,Engkau perintahkan lah malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam,agar iman kami dapat dijaga..amin..